Pengenalan

1. PENDAHULUAN
 Program Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan salah satu program melibatkan pelajar anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial lainnya.
Konsep program ini adalah pengukuhan kepada minda dan sikap antidadah melalui aktiviti pesembahan karya kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Program ini juga adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej dan maklumat antidadah kepada orang ramai melalui pelbagai strategi media.
Bagi tahun 2012, tema anti dadah bertajuk “ 1 Malaysia Membanteras Dadah”. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dimantapkan lagi selaras dengan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah” menjelang tahun 2012.

2. TEMA
 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

3. OBJEKTIF
3.1 Menggalakkan murid, guru melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah
3.2 Mengembangkan bakat dan potensi warga pendidikan
3.3 Menyampaikan mesej Pendidikan Pencegahan dadah.
3.4 Mengutarakan pengetahuan Pendidikan Pencegahan Dadah secara langsung dengan kemahiran menyampaikan isu secara spontan.

4. KUMPULAN SASARAN
6.1  Murid sekolah rendah
6.2  Murid sekolah menengah
6.3  Guru
6.4  Ibu bapa dan masyarat setempat

5. IMPAK
5.1 Melahirkan warga pendidikan yang mempunyai pengetahuan,
 kefahaman dan kemahiran tentang bahaya dadah.

5.2  Melahirkan warga pendikan yang dapat merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan merealisasikan ‘Sekolah Bebas Dadah 2012’ dan ‘Negara Bebas Dadah 2015’

6. TARIKH PELAKSANAAN
 30 JUN 2012 |SABTU

7. TEMPAT
Tempat Pertandingan :
• SK Temenggong Abdul Rahman 1
• SMK Mohd Khalid
Majlis Perasmian Penutup:
SK Temenggong Abdul Rahman 1, jAM 03:00 Petang dan akan disempurnakan oleh YBhg. En. Mohd Nor Bin A. Ghani Pengarah Pelajaran Johor

8.  ANJURAN DAN KELOLAAN
8.1 Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Negeri Johor  adalah anjuran Jabatan Pelajaran Johor dan dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dan kerjasama daripada  :
 8.1.1 Agensi Anti Dadah Kebangsaan Johor
 8.1.2 Jabatan Kesihatan Negeri Johor
 8.1.3 Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan
Urusetia Induk  :
Negeri :
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Johor
Penyelaras : En. Abdul Aziz How Bin Abdullah
No. Tel  : 607-2311492
No.H/P  : 013-7755626
Email   : aaziz.how@moe.gov.my / azizsppkjb@gmail.com
Portal Rasmi: : http://www.ppdajpnj.blogspot.com

Pengelola:
Unit Hal Ehwal Murid
Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru
JKR 413 Jln Glendening
80100 Johor Bahru
Penyelaras : Cik. Norsyakinah Binti Abdullah
No. Tel  : 607-2266345
No.H/P  : 012-3602653
Email   : syaami_bachelor@hotmail.com
Portal Rasmi: : http://ppdajb.blogspot.com

9. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
 9.1 Pertandingan Boria Sekolah Rendah
 9.2 Pertandingan Dikir Barat Sekolah Menengah
  9.3 Pertandingan Video Kreatif PPDa
 9.4 Pertandingan Mencipta Lagu PPDa (Guru)
 9.5 Pertandingan Laman Web / PROSTAR (Sekolah-sekolah PROSTAR)

No comments:

Post a Comment