Syarat Penyertaan

GARIS PANDUAN DAN SYARAT

KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012


 

 1.         PENDAHULUAN

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan salah satu program melibatkan murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial lainnya.

Program ini perlu diteruskan dengan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk memberi impak yang lebih dengan penglibatan murid yang lebih menyeluruh.  Ini adalah selaras dengan dasar dan matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012” dan ”Negara Bebas Dadah 2015”.

2.         RASIONAL

2.1    Murid merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan negara yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan aspirasi negara.

         2.2       Murid adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif.

         2.3       Kekuatan dalaman para murid seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang terancang dan bersepadu.


3.      TEMA
         “1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH”

4.      MATLAMAT
Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertujuan mengukuhkan lagi minda dan sikap antidadah di kalangan murid melalui persembahan kepelbagaian bakat murid.

5.      OBJEKTIF
         5.1       Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat tentang bahaya dadah.
         5.2       Menggunakan aktiviti kesenian sebagai medium untuk menggalakkan penyertaan murid dalam proses pembelajaran dan pendidikan bersepadu secara langsung dan tidak langsung berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah.
         5.3       Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada di kalangan murid ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina serta dapat menghindari diri dari bahaya dadah.

6.      KUMPULAN SASARAN
6.1              Murid Prasekolah
6.2              Murid sekolah rendah
6.3              Murid sekolah menengah
6.4              Para pendidik/guru
6.5              Kakitangan sekolah
6.6              Ibu bapa dan ahli masyarakat

7.      PELAKSANAAN
         Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi peringkat-peringkat berikut :-
7.1              Sekolah secara keseluruhannya
7.2              Daerah/Bahagian/Jajahan/Zon
7.3              Negeri


8.      SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
8.1              Syarat penyertaan individu mestilah disertakan bersama salinan kad pengenalan/ surat beranak yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

8.2              Setiap penyertaan dilarang sama sekali menggambarkan / menggunakan unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak, rokok dan tepung
            ( menyerupai dadah ).

8.3          Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam SATU ACARA SAHAJA.

8.4          Bagi Acara Boria Dan Dikir Barat, Setiap Daerah Hanya MENHANTAR SATU PASUKAN SAHAJA.
8.5              Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam acara seperti Dikir Barat dan Boria mesti menyerahkan 6 salinan senikata/ lirik/ skrip semasa pendaftaran kontingen kepada pihak penganjur ( pengelola persembahan ).

8.6              Pengukuhan Mesej Persembahan
8.6.1             Bagi acara Persembahan Dikir Barat Antidadah dan Persembahan Boria Antidadah, selepas persembahan, setiap pasukan (ketua pasukan) hendaklah menerangkan mesej yang terkandung dalam persembahan mereka ( melalui lirik, senikata atau lakonan/ sketsa ) kepada penonton.
8.6.2             Kandungan mesej boleh terdiri daripada pengajaran yang boleh dipetik daripada persembahan tersebut dan juga pesanan/ nasihat kepada para penonton.
8.6.3             Masa yang diperuntukkan untuk menerangkan mesej adalah 3 minit sahaja.
8.6.4             Penerangan mesej selepas setiap persembahan bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah di kalangan penonton.



PERSEMBAHAN DIKIR BARAT
KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2012

 


1.        PENDAHULUAN

Dikir Barat adalah satu bentuk kesenian yang popular di kalangan masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan berasal dari negeri Kelantan. Persembahan kesenian ini dapat mengumpulkan lebih ramai peminat dan boleh digunakan sebagai medan penyampaian mesej termasuk mesej “anti dadah” melalui Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah.

2.        MATLAMAT

         Merealisasikan Sekolah Bebas Dadah tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah 2015.

3.        OBJEKTIF

3.1              Menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah, sekali gus menyelamatkan diri mereka daripada terjebak dengan dadah.
3.2              Mempertingkatkan lagi kesedaran di kalangan murid dan seluruh anggota masyarakat tentang bahaya dadah.
3.3              Menyampaikan mesej Pendidikan Pencegahan Dadah melalui aktiviti seni di luar bilik darjah.
3.4              Mengembangkan bakat dan potensi yang sedia ada di kalangan murid.

4.        KUMPULAN SASARAN

Murid Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Enam Atas.

5.        PESERTA

5.1              Ahli Dikir tidak melebihi 15 orang termasuk seorang Juara Dikir dan seorang Tukang Karut.
5.2               Pemain Muzik tidak melebihi 5 orang.
5.3              Bagi setiap kumpulan dikir pesertanya adalah terdiri daripada lelaki sahaja atau perempuan sahaja.
5.4       Jumlah peserta keseluruhan ialah seramai 20 orang.

6.      TEMA  :             
        
         “1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH” 

7.        ALAT MUZIK

Alatan muzik yang dibenarkan tidak melebihi daripada alatan di bawah :-
    1. Rebana Ibu
    2. Rebana Anak
    3. Gong/Kelawak
    4. Mong/Canang
    5. Marakas

8.        PERSEMBAHAN

Persembahan Dikir Barat hendaklah mengandungi perkara di bawah :-
8.1              Lagu Juara
8.2       Lagu-Lagu Tukang Karut

8.2.1                 Karut Perlahan (Yen Ki)
8.2.2                 Karut Cepat (Karut Kelantan)
8.2.3                 Karut Matang / Bebas / Kreatif
8.2.4                 Penutup / Irama Wau Bulan



9.          BAHASA

9.1              Semua persembahan dikir hendaklah dalam Bahasa Melayu.
9.2              Peserta dilarang menggunakan perkataan-perkataan yang berunsur lucah.
9.3              Peserta dilarang sama sekali menggunakan kata-kata yang sensitif dan boleh menyentuh atau menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama pasukan lawan.
9.4              Kata-kata yang menyentuh soal-soal peribadi, gelar-menggelar dan sindir-sindiran tajam adalah dilarang sama sekali.

10.    ETIKA PERSEMBAHAN

         10.1     Tema persembahan dalam Dikir Barat sama ada dalam pantun, lagu ataupun karut hendaklah mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah.
         10.2     Para peserta dilarang sama sekali menyentuh soal-soal politik, perkauman, dasar kerajaan (kecuali untuk menerangkan kebaikan dan faedah kepada rakyat), hal-hal agama (kecuali yang bermaksud mengajak berbuat baik) dan hal-hal yang sensitif.
         10.3     Jika menggambarkan peristiwa-peristiwa di peringkat antarabangsa, para peserta dilarang menyentuh maruah sesuatu bangsa dan negara.
         10.4     Para peserta tidak dibenarkan sama sekali menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan institusi istana sama ada berkaitan dengan raja-raja, keluarga di raja dan hak keistimewaan raja-raja.
         10.5     Kandungan isi dikir juga tidak dibenarkan menyentuh perkara-perkara yang menjadi rahsia negara.
         10.6     Para peserta dilarang daripada menunjukkan perlakuan-perlakuan yang kurang sopan, gerak geri yang melampau yang boleh menimbulkan kemarahan atau gerak laku yang boleh didaftarkan sebagai lambang perlakuan seks atau seumpamanya dan perlakuan yang melambangkan unsur-unsur anti negara.




11.      PAKAIAN
Semua peserta boleh memakai pakaian seragam pasukan masing-masing dengan warna dan corak bebas mengikut pilihan pasukan.  Walau bagaimanapun pakaian itu hendaklah yang bersesuaian dengan persembahan dan tidak menjolok mata. Dikir Barat sebagai seni persembahan rakyat Melayu berkumpulan di mana Tukang Karut dan Tok Juara adalah orang penting dalam kumpulan tersebut.

12.    PENGHAKIMAN
12.1        Sebuah panel hakim mengandungi 5 orang termasuk Ketua
               Hakim
12.2        Seorang hakim akan menghakimi keseluruhan persembahan (100%)
12.3        Keputusan panel hakim adalah muktamad

13     PEMARKAHAN
Markah-markah akan diberi kepada perkara-perkara seperti tersebut di bawah:-

13.1Juara                                                                                  25 markah
-     Kemerduan suara                                                 =          10 markah
-     Pantun dan mesej ( rima dan urutan )  =          5 markah
-     Lagu dan kebolehan membawa lagu             =          5 markah
      (mengawal tempo dan ‘key’ suara yang merangkumi pelbagai
      melodi)
-     Gaya persembahan, penghayatan dan
      kelancaran                                                            =          5 markah

13.2           Tukang Karut                                                          30 markah

-     Isi/Mesej                                                     =          10 markah
-     Pemilihan lagu dan kebolehan
      membawa lagu-lagu                               =            8 markah
-     Pantun                                                        =            6 markah
-     Gaya persembahan dan
      penyampaian                                            =            6 markah

13.3 Suara Ramai (Awak-Awak)                                          20 markah

-     Kesepaduan suara                                   =          10 markah
-     Keseragaman gaya dan semangat      =          10 markah

13.4 Muzik                                                                     15 markah

-     Kemahiran bermain alat muzik
-     Kombinasi bunyi antara alat-alat
-     Kesesuaian rentak dengan lagu yang dibawa

         13.5           Pakaian, disiplin dan gaya pakaian                10 markah
                                                                                                            ----------------
                                                                        JUMLAH BESAR         100 markah
                                                                                                             =========

14.      PANDUAN PEMARKAHAN DIKIR BARAT

14.1    Kesalahan (Markah Ditolak)
14.1.1                    Pasukan yang mempunyai lebih daripada 15 orang
pendikir akan ditolak 5 markah bagi setiap orang.
14.1.2                    Pasukan yang membawa atau menggunakan lebih
daripada 5 alat muzik akan ditolak 5 markah.
14.1.3                  Pasukan yang tidak mengikut peraturan-peraturan lain yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur juga akan ditolak markah mengikut ketetapan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur.
14.1.4                  Bahasa kasar, kesat, menyindir dan sebagainya (1 hingga 5 markah)
14.1.5                  Tajuk (Rujuk para 6)
14.1.6                   Perlakuan (larangan dalam para 10) – (Ditolak 1 hingga 2 markah)


15.    MASA DAN CARA PERSEMBAHAN DIJALANKAN

15.1     Setiap pasukan hanya diberikan 15 minit sahaja dengan tema 
             “1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH” 
         15.2  Intro dibenarkan dengan tidak melebihi 2 minit , tetapi tiada
                        markah diberikan.
         15.3        Setelah pasukan bersedia di atas pentas, isyarat mula bagi
                        menandakan pasukan boleh memulakan dikir barat dengan
                        bertabuh. Masa dan markah mula dikira dari saat bertabuh.
      15.4        Selapas 13 minit, isyarat akan diberikan menandakan masa persembahan ada lagi 2 minit lagi.
         15.5                    Setelah cukup 15 minit, isyarat akhir akan diberikan menandakan masa persembahan sudah tamat. Markah tidak akan diambil kira selepas setelah tamat masa 15 minit diberikan

16.    HADIAH

         a)        Peringkat Negeri Johor

                     Johan                                  -     Piala
                     Naib Johan                        -     Piala
                     Ketiga                                 -     Piala
                      
                     Tok Juara Terbaik              -     Piala
                     Tukang Karut Terbaik -     Piala
 









PERTANDINGAN BORIA
KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2012

 


1.      PENDAHULUAN

         Boria adalah satu bentuk kesenian yang popular di Pulau Pinang. Persembahannya merangkumi lawak jenaka (sketsa), mengandungi unsur menghibur dan didikan, nyanyian serta tarian kumpulan.

2.      MATLAMAT
         Merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah” Tahun 2012 dan ”Negara Bebas Dadah 2015”.

3.      OBJEKTIF
         3.1       Menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah.
3.2              Mengembangkan bakat dan potensi murid.
3.3              Menyampaikan mesej Pendidikan Pencegahan Dadah.

4.      KUMPULAN SASARAN
         Murid Tahap 2 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.

5.      IMPAK
5.1              Melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang bahaya dadah.
5.2              Melahirkan murid yang dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”.






6.      SYARAT PERTANDINGAN
6.1          Tema
“1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH” 

6.2          Penyertaan
6.2.1        Terbuka kepada semua murid tahap dua sekolah rendah sahaja.

6.2.2        Peserta tidak lebih 15 orang sama ada lelaki sahaja atau perempuan sahaja (tidak bercampur) termasuk peserta sketsa (lawak jenaka).

         6.3       Masa Persembahan
                     Keseluruhan masa persembahan ialah 15 minit, iaitu 5 minit untuk lawak jenaka dan 10 minit untuk nyanyian. Persembahan yang melebihi masa keseluruhan akan dipotong sebanyak 2 markah.

         6.4       Pakaian
                     Pakaian mengikut persembahan tetapi tidak melanggar tatasusila atau tidak menjolok mata. Setiap peserta lawak dilarang memakai pakaian berupa perempuan bagi peserta lelaki dan dilarang memakai pakaian berupa lelaki bagi peserta perempuan.

                     Syarat pakaian dikekalkan. Boleh gunakan label untuk menunjukkan gantian watak.

         6.5       Bahasa
                     Persembahan dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun dibenarkan menggunakan beberapa patah perkataan Bahasa Inggeris jika perlu untuk menjelaskan maksud. Sketsa dalam loghat Utara/ Pulau Pinang adalah digalakkan.
         6.6       Teknik
                     Penggunaan keyboard yang telah diprogramkan adalah dibenarkan (penggunaan disket). Muzik minus-one (CD). 


         6.7       Pemarkahan

                     6.7.1    Sketsa                                                   (30 markah)

                                 -     Mesej Sketsa yang melucukan (15 markah)
                                 -     Persembahan sketsa                    (15 markah)
                                
                     6.7.2    Persembahan                                      (70 markah)

                                 -     Mesej lagu                                     (20 markah)
                                 -     Suara lagu                                      (20 markah)
                                 -     Kreativiti                                         (15 markah)
                                 -     Keseragaman                                (15 markah)

6.7.3      5 Markah akan ditolak sekiranya melanggar syarat pemakaian dalam perkara 6.4, 6.7.1 dan 6.7.2.

                                 Penilaian akan difokuskan kepada mutu persembahan dan keupayaan menyampaikan mesej yang berkesan mengikut tema. Aspek teknikal tidak akan diambil kira dalam proses pemarkahan.

         6.8       Tarikh Pertandingan
                     6.8.1    Peringkat Negeri Johor         - 30 Jun 2012

         6.9       Hadiah
6.9.1        Peringkat Negeri Johor

                  Johan                      :        Piala
                  Naib Johan            :        Piala
                  Ketiga                     :        Piala
                                                  
                  Tukang Karang terbaik :  Piala



PERTANDINGAN VIDEO KREATIF PPDa
KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2012

 


1.      PENDAHULUAN

         Penyampaian dan penyebaran maklumat yang inovatif dan kretif perlu ditekan dalam usaha menangani gejala penyalahgunaan dadah. Penghasilan video kreatif PPDa akan dapat menarik perhatian dan memberi impak kepada kumpulan sasaran yang diharapkan.

2.      MATLAMAT

         Merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012” dan ”Negara Bebas Dadah 2015”.

3.      OBJEKTIF

         3.1       Menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah.
3.4              Mengembangkan bakat dan potensi murid.
3.5              Menyampaikan mesej Pendidikan Pencegahan Dadah.

4.      KUMPULAN SASARAN

         Murid Tahap 2 Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

6.        IMPAK

5.3              Melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang bahaya dadah.
5.4              Melahirkan murid yang dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”.


7.        SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

7.1          Tema
“1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH” 

7.2          Penyertaan
7.2.1        Pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh Negeri Johor.
7.2.2        Penyertaan adalah dibenarkan secara kumpulan (4 orang satu kumpulan).
7.2.3        Setiap video yang dihasilkan perlu dihantar sesalinan di dalam format dvd/cd ke PPD masing-masing dan juga dimuat naik ke facebook unit PPDa iaitu www.facebook.com/ppdajpnj pada atau sebelum 14 Jun 2012.



7.3          Format

7.3.1      Video kreatif yang dihasilkan mestilah mempunyai mesej, nilai-nilai dan berunsurkan konsep dan semangat 1Malaysia membanteras dadah dan menonjolkan keistimewaan konsep tersebut.
7.3.2        Bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Untuk penggunaan bahasa lain, mestilah disertakan sekali sarikata.
7.3.3        Bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Untuk penggunaan bahasa lain, mestilah disertakan sekali sarikata.
7.3.4        Interpretasi para peserta terhadap tema 1Malaysia membanteras dadah adalah bebas selagi ianya tidak terkeluar daripada tema asas.
7.3.5        Peserta boleh menggunakan sebarang jenis peralatan video.
7.3.6        Penghasilan video yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah asli yang dihasilkan sendiri oleh peserta.
7.3.7        Suntingan atau ubahsuai terhadap video menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan.
7.3.8        Pihak penganjur mempunyai hak miliik ke atas video pertandingan dan berhak menggunakan video-video tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta.
7.3.9        Salinan video asal hendaklah dihantar dalam bentuk DVD kepada pihak penganjur dengan mengunakan format.mpeg atau .avi
7.3.10    Satu salinan skrip dan papan cerita mengenai video yang dihasilkan perlu disertakan dengan DVD yang dihantar.
7.4          Masa

7.4.1        Masa bagi setiap video mestilah tidak kurang tiga (3) minit dan tidak lebih lima (5) minit.


7.5          Kriteria Penghakiman

7.5.1        Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim profesional bebas yang dilantik oleh pihak penganjur.
7.5.2        Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan seperti yang digariskan.
7.5.3        Penilaian dan penghakiman akan dibuat melalui kreativiti dan keaslian karya video dan memenuhi kehendak tema serta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Kualiti video juga akan diambil kira dalam pemberian markah.
7.5.4        Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima.
7.5.5        Video yang dimuat naik dengan bilangan ‘LIKE’ tertinggi akan memenangi kategori Video Popular yang disediakan penganjur.


7.6          Kaedah pemarkahan :
7.6.1        Isi Kandungan                                              20 %
7.6.2        Sumber Perolehan Bahan                          20 %
7.6.3        Papan cerita                                                            15 %
7.6.4        Teknikal & Kreativiti                                      20 %
7.6.5        Persembahan Cerita                                   25 %

7.7          Hadiah

7.7.1      Peringkat Negeri Johor

                  Johan                      :        Piala (SR & SM)
                  Naib Johan            :        Piala (SR & SM)
                  Ketiga                     :        Piala (SR & SM)
                                                  
                  Saguhati (5)            :        Piala (SR & SM)
                  Video Popular       :        Piala (SR & SM)
.



PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU PPDa
KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2012

 


1.      PENDAHULUAN

         Penghayatan dan penggunaan irama lagu juga memainkan peranan penting dalam meniupkan semangat ’Berani Katakan Tidak Pada Dadah’. Justeru, lagu PPDa yang dapat memberikan impak akan dapat menyokong kepada pembinaan modal insan yang diharapkan.

2.      MATLAMAT
         Merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012” dan ”Negara Bebas Dadah 2015”.

3.      OBJEKTIF
         3.1       Menggalakkan warga pendidik melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah.
3.6              Mengembangkan bakat dan potensi yang ada pada warga pendidik..
3.7              Menyampaikan mesej Pendidikan Pencegahan Dadah.

4.      KUMPULAN SASARAN
         Warga Pendidik.

5.      IMPAK
5.5              Melahirkan pendidik yang mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang bahaya dadah.
5.6              Melahirkan pendidik yang dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sekolah Bebas Dadah.






8.        SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

6.1          Tema

“1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH” 

6.2          Penyertaan

6.2.1        Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara pendidikan Negeri Johor.
6.2.2        Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk CD dengan rakaman suara menggunakan sekurang - kurangnya satu alat muzik iringan dengan menyertakan skor muzik berserta lirik di bawahnya. (Lampiran lirik perlu disertakan di dalam kertas berasingan).
6.2.3        Segala urusan penyerahan hasil ciptaan hendaklah dihantar melalui Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing.
6.2.4        Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 JUN 2012. Sebanyak 5 buah lagu akan terpilih ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 30 JUN 2012.

6.3          Format

6.3.1        Lagu hendaklah ciptaan asal dan tidak melebihi jangka masa empat ( 4 ) minit dan penyertaan adalah tidak terhad.
6.3.2        Peserta tidak boleh menggunakan khidmat penulis lirik profesional.
6.3.3        Ciptaan lagu adalah bebas. Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan menepati kriteria penciptaan yang profesional.
6.3.4        Lirik lagu adalah bebas dalam apa juga bahasa pertuturan di Malaysia samada Melayu, Cina, Tamil, Inggeris atau suku kaum Kadazan, Iban, Orang Asli dan sebagainya, tetapi lagu yang terpilih ke peringkat akhir mestilah dialih bahasa dan dipersembahkan dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pertandingan.
6.3.5        Lirik lagu yang dihasilkan hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur negatif, tidak menyentuh sensitiviti kaum, bangsa dan agama.
6.3.6        Lagu-lagu yang terpilih ke peringkat akhir sahaja akan menjadi hak milik Unit PPDa Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Lagu-lagu lain yang tidak terpilih adalah hak milik pencipta dan lagu-lagu yang berpotensi boleh dibuat kerjasama dengan mana-mana pihak untuk dikomersialkan.


6.4          Kriteria Penghakiman

6.4.1        Penghakiman secara juri professional.
6.4.2        Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim profesional bebas yang dilantik oleh pihak penganjur.
6.4.3        Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan seperti yang digariskan.
6.4.4        Penilaian dan penghakiman akan dibuat melalui kreativiti dan keaslian lagu dan memenuhi kehendak tema. Kualiti lagu juga akan diambil kira dalam pemberian markah.
6.4.5        Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima.

6.5          Hadiah

                     6.5.1  Peringkat Negeri Johor

                  Johan                      :        Piala
                  Naib Johan            :        Piala
                  Ketiga                     :        Piala
                                                  
                  Saguhati (7)            :        Piala

















PERTANDINGAN MENCIPTA LAMAN WEB/ BLOG KELAB PROSTAR SEKOLAH
SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2012

 

1.0          TUJUAN

Garis panduan ini disediakan untuk memberi penerangan kepada Kelab PROSTAR Sekolah yang ingin menyertai Pertandingan  Mencipta Laman Web / Blog Anjuran Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri.

2.0          LATAR BELAKANG

Pertandingan Mencipta Laman Web/ Blog  anjuran Jabatan Kesihatan Negeri  dan Jabatan Pelajaran Negeri diadakan selaras dengan hasrat untuk meningkatkan kepelbagaian sistem saluran penyampaian awam melalui pembangunan laman web/ blog yang interaktif, berinformasi dan menarik.

3.0          OBJEKTIF

3.1              Pertandingan ini juga bertujuan untuk menilai kemampuan, kreativiti, kepekaan dan kemahiran ahli Kelab PROSTAR Sekolah bertindak sebagai agen dalam menyampaikan mesej kesihatan.
3.2              Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada  ahli Kelab PROSTAR, Guru Pembimbing yang berjaya menggunakan media masa kini (Laman web) dalam penyebaran imformasi kesihatan.
3.3              Memberi pendedahan dan galakan kepada pihak sekolah untuk menggunakan saluran penyampaian maklumat awam selaras dengan peredaran semasa.

4.0          SKOP  PERTANDINGAN

Pertandingan ini dibuka kepada  Ahli Kelab PROSTAR Sekolah sahaja (3 orang untuk 1 kumpulan)


5.0          TEMA  PERTANDINGAN

“ ICT DAN KESIHATAN”




6.0          SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN


6.1              Laman Web/ Blog  yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai pada bila-bila masa.
6.2              Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri di dalam membangunkan laman web/ blog PROSTAR Sekolah.
6.3              Laman Web/ Blog boleh menggunakan khidmat kepakaran Guru Penyelaras PROSTAR  dan  Guru  ICT Sekolah. Laman ini dihasilkan  oleh ahli kelab yang mampu diaplikasikan dalam mendidik rakan sebaya.
6.4              Kandungan Laman Web/ Blog  mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi  undang-undang Malaysia.
6.5              Sebarang plagiat pada kandungan laman Web/ Blog hendaklah dielakkan dan menjadi tanggungjawab peserta.
6.6              Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkan kepada para peserta. Pemenang adalah dipilih daripada tiga penyertaan terbaik seluruh negeri Johor. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

7.0          PENILAIAN LAMAN WEB/BLOG

Penilaian Laman Web/ Blog  bagi setiap kategori akan dinilai oleh panel yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan yang berpengalaman dalam pembangunan laman web/ blog.












8.0          KRITERIA PENILAIAN
Berikut adalah lapan (8) kriteria utama yang akan dinilai di dalam pertandingan ini.

TERAS
KRITERIA
MARKAH
Interaksi Dengan Pelanggan
(Citizen Interaction)
a)     Menyediakan maklumat untuk dihubungi seperti No. Telefon, No. Faks, Alamat Lengkap dan E-mel.
b)     Ruangan Komen/Maklum Balas.
c)     Email Updates/Broadcast.
d)     Penerbitan
e)     Pangkalan Data
f)       Enjin Carian
g)     Dwi Bahasa
h)     Mengenai Kami
(visi, misi, objektif, carta organisasi)
0-20
Mesra Pelanggan
(Citizen Insight Generation)
a)     Ciri-ciri “Remember Me” (2m)
b)     Website Personalization (2m)
(ahli, guru, umum)
c)     Dasar Privasi(2m)
d)     Dasar Keselamatan(2m)
e)     Soalan-soalan Lazim (FAQ)(8m)
f)       Penafian (Disclaimer)
a)     Notis Hak Cipta(2m)
g)W3C Disability Access(2m)

0-20
Perkhidmatan kepada Pelanggan (Citizen Services)
a)     Kemudahan Muat Turun.
b)     Pautan ke Laman Web Yang Berkaitan
c)     Capaian tidak terputus
d)     Peringatan automatic jika komen/ maklumbalas dibuat
0-12
Ciri – ciri Sokongan (Citizen Support)
a)     Capaian Sokongan.
b)     Peta Laman (Site Map).
0-5
Pengurusan Kandungan (Content Management)
a)     Penyataan “Laman Web Rasmi”
b)     Pemaparan Logo Rasmi Prostar
c)     Domain .edu.my/ blogspot.com
d)     Peristiwa/maklumat yang dikemaskini
(takwim, mesyuarat, aktiviti, gambar)
e)     Penggunaan Bahasa yang Betul.
f)       Tiada Iklan Komersial.
g)     Tidak Memaparkan Isu-isu Sensitif seperti Isu Agama, Politik dan Perkauman.
0-15







Penetapan dan Pencapaian KPI
a)     Masa Respons Terhadap Inquiry
b)     System Availability.
c)     Peningkatan dalam Bilangan atau % Hits dan Lain-lain.
0-10
Kepuasan Hati Pelanggan
a)     Bilangan Pujian/ Pengiktirafan yang Diterima
b)     Kaedah yang Digunakan iaitu Polling, Soal Selidik dan sebagainya.
0-4
Rekabentuk
a)    Mudah guna dan fleksibel
b)    Kreativiti
c)    Struktur laman
d)    Video, animasi, grafik, audio
e)    Interaktif/ dinamik
f)       Mudah difahami (mesra pengguna)
g)    Daya tarikan

0-14
MARKAH PENUH
100%
Pihak penganjur berhak meminda mana-mana kriteria yang dinyatakan sepertimana di atas (sekiranya perlu).

9.0          HADIAH
            Tempat Pertama      : RM 700.00 dan sijil penyertaan
            Tempat Kedua          : RM 500.00 dan sijil penyertaan
            Tempat Ketiga          : RM 300.00 dan sijil penyertaan
            Saguhati                    : RM 100 X 8 daerah dan sijil penyertaan

(Sekolah yang menjadi johan akan mewakili Negeri Johor ke pertandingan di peringkat kebangsaan)

No comments:

Post a Comment